Ayuh Bangkit!
Pencetus Kebangkitan Ekonomi Islam

Oleh: Coach Fadzil Hashim, Pengasas Kumpulan Brainy Bunch & Raudhah City

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang majoriti warganegaranya terdiri daripada Umat Islam. Tetapi 80% ekonominya dikuasai oleh bukan Islam. Apakah sebabnya? Di manakah silapnya? Dan bagaimanakah langkah yang terbaik untuk memperbetulkan kesilapan ini?

Melalui penelitian saya, Umat Islam kebanyakkannya berniaga untuk mencapai kejayaan secara individu sahaja. Kebanyakkannya tidak mahu untuk bersatu dalam perniagaan. Walaupun terdapat banyak usaha mewujudkan pelbagai jenis persatuan atau dewan perniagaan tetapi tetap tiada usaha secara sistematik untuk bersatu dalam perniagaan. Kalau di Malaysia ramai yang terlalu bergantung kepada projek-projek kerajaan. Yang sudah berjaya tidak banyak berusaha untuk membantu yang lain. Berbeza dengan bangsa Cina yang senantiasa menggunakan peluang rangkaian sesama mereka untuk membantu bangsa mereka dalam perniagaan mereka. Lihat sahaja apabila mereka membuka kedai, bezakan jumlah jambangan bunga yang mereka perolehi dari rakan-rakan mereka berbanding kedai yang di buka oleh orang Islam.

Isu ini jarang dibangkitkan kerana agak sensitif. Daripada aspek pengguna, kebiasaanya orang Islam lebih cerewet apabila membeli dengan orang Islam berbanding layanan mereka terhadap bukan Islam. Ini mungkin mereka sendiri merasakan perniaga Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi dan mereka mengambil kesempatan untuk menekan perniagaan tersebut.

Manakala dari sudut usahawan, kita dapat dapat memberikan sokongan kepada usahawan Islam kerana kebiasaanya mereka tidak mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh untuk memberikan tawaran yang baik terutamanya dari segi ‘term’ atau tempoh pembayaran. Ini menjadi cabaran kepada peniaga yang masih belum mempunyai kekuatan kewangan yang kuat.

Kita harus mengambil tanggungjawab bersama untuk memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki peratusan pemilikan dalam ekonomi. Kita seharusnya tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan yang mempunyai pelbagai kekangan.

Untuk makluman semua pada tahun 2018, nilai sektor runcit di Malaysia mencecah RM109 billion. Daripada jumlah ini 60%dimiliki oleh syarikat asing dan 40% syarikat tempatan. Orang Islam pula hanya mampu memiliki kurang daripada 8%sahaja.

Saya yang merupakan pengasas kumpulan pendidikan Brainy Bunch dan perumahan Raudhah City merasakan sudah tiba masanya untuk kita bersama ‘Bangkit’ memperbetulkan kesilapan lampau dan mengambil tanggungjawab untuk menyusun gerak kerja secara sistematik untuk mengambil peluang yang ada.

Program Ayuh Bangkit akan dijadikan sebagai suatu platform untuk menyatukan kekuatan ekonomi yang ada, demi membantu sesama kita. Indeks prestasi utama (KPI) Ayuh Bangkit adalah seperti berikut:

  1. Mendapatkan sokongan 1,000,000 orang Islam yang menyokong program Ayuh Bangkit
  2. Membimbing dan melahirkan 1,000,000 jutawan yang dermawan dan bertaqwa.
  3. Membimbing dan melahirkan 10,000 syarikat yang mempunyai NAB (nilai asset bersih) RM10 juta
  4. Membimbing dan melahirkan 1,000 jenama berkelas dunia.

Demi mencapai sasaran yang agak besar ini, kami memerlukan bantuan dan sokongan ANDA semua.

PELAN TINDAKAN ANDA

1 Daftar dan berikan maklumat ANDA di www.AyuhBangkit.com/sertai-kami

  1. Untuk yang mempunyai perniagaan boleh mendaftar maklumat perniagaan.
  2. Kongsi semua posting Ayuh Bangkit yang merangkumi posting usahawan-usahawan Ayuh Bangkit di semua media sosial ANDA.
  3. Berikan sokongan kepada semua perniagaan yang berdaftar dengan Ayuh Bangkit. (kami hanya akan menerima perniagaan yang selari dengan peraturan Shara’)
  4. Sebelum membeli apa-apa, pastikan cari syarikat yang berdaftar dengan Ayuh Bangkit dahulu.
  5. Hadir kelas-kelas bimbingan kewangan dan perniagaan yang dianjurkan oleh Ayuh Bangkit.
  6. Sebar luas ilmu yang diperolehi.
  7. Gunakan #AyuhBangkit dalam semua profil peribadi sama ada di facebook, instagram dan whatsapp.

InshaAllah, dengan adanya 1,000,000 penyokong Ayuh Bangkit, kita dapat mengurangkan kos pemasaran usahawan-usahawan Ayuh Bangkit. 1,000,000 postings secara percuma akan pasti membantu usahawan-usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Syarat untuk USAHAWAN!

  1. Bersedia untuk dibimbing secara PERCUMA untuk memajukan perniagaan ANDA.
  2. Bersetuju untuk menyumbang kepada DANA ‘Ayuh Bangkit’ apabila perniagaan telah mampu untuk menyumbang.
  3. Pamerkan logo ‘Saya Sokong Ayuh Bangkit’ di premis perniagaan ANDA atau di laman web ANDA dan di media sosial anda.
  4. Bersedia untuk berkongsi dan membimbing usahawan lain apabila sudah berjaya.
  5. Bersedia untuk terus belajar demi memperbaiki diri dan pekerja-pekerja ANDA

Dana Ayuh Bangkit akan ditadbir melalui Yayasan Brainy Bunch. Antara projek utama yang telah dikenal pasti:

  • Mewujudkan rumah transit percuma untuk golongan fakir miskin
  • Hanya mereka yang bersetuju untuk dibantu dan bersedia berubah untuk menjadi baik layak untuk mendapat rumah tersebut untuk tempoh maksima 5 tahun sahaja.
  • Mereka akan diwajibkan untuk menghadiri kursus pemantapan akidah, akhlaq dan ibadah.
  • Mereka akan dibantu dengan latihan ‘soft skill’ bagi membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dalam tempoh 5 tahun.
  • Meewujudkan DANA PELABURAN untuk diberikan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan memperkembangkan perniagaan mereka.
  • Bagi syarikat-syarikat start up mereka harus melalui proses ‘pitching’ yang akan membimbing mereka membina model perniagaan yang benar-benar mantap sebelum mereka diberikan bantuan perniagaan.
  • Mewujudkan DANA PELABURAN STRATEGIK untuk membeli syarikat-syarikat atau teknologi yang mampu membantu memperkuatkan Ummat Islam khususnya.
  • Mewujudkan DANA PELABURAN untuk membeli Hospital Swasta dan Kolej Pengajian Tinggi dalam usaha memberikan pekhidmatan kesihatan swasta dan pendidikan percuma kepada penyokong-penyokong berdaftar dengan program Ayuh Bangkit khusus kepada mereka yang tidak mampu. Mereka yang mampu masih perlu membayar bagi memastikan kekuatan kewangan mereka tidak terjejas.

DANA PERMULAAN AYUH BANGKIT

  • RAUDHAH CITY DAN BRAINY BUNCH akan menyumbang sebanyak RM2,000,000 pada Januari 2020 sebagai komitmen awal kami.
  • Ahli-Ahli yang telah menyumbang lebih dari RM1 juta akan dijemput untuk menjadi lembaga pengarah Yayasan bagi memastikan setiap projek diurus dengan cermat, telus dan bersih dari sebarang unsur penyelewengan.
  • Yayasan akan dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah Brainy Bunch.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, sumbangan dan bantuan dari mana-mana pihak yang menyokong Ayuh Bangkit.

Semoga Allah SWT merahmati semua penyokong Ayuh Bangkit dengan kejayaan yang terbaik di dunia dan kejayaan untuk masuk ke Syurga tanpa hisab! Amen! Amen! Amen!

Join the discussion 2 Comments

  • Zaiza Binti Zainul says:

    Assalamualaikum. Saya Zaiza Binti Zainul, sedang dalam rangka plan memulakan perniagaan delivery groceries products. Saya perlukan bimbingan keusahawanan. Telah mengikuti kursus Cashflow dan taxation dengan inisiatif sendiri, sebagai persiapan perniagaan. Mempunyai keinginan tinggi menyertai bimbingan keusahawanan dibawah #AyuhBangkit.
    Saya berharap dapat bimbingan penuh dari pihak tuan demi memajukan diri, keluarga, bangsa dan ekonomi Islam. Terima kasih.

Leave a Reply

WhatsApp chat